Habib Rizieq

Al-Habib Mohammad Rizieq bin Husein Syihab atau popular dengan panggilan Habib Rizieq lahir di Jakarta, 24 Ogos 1965 adalah salah seorang pengasas Front Pembela Islam (FPI). Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Umum Majlis Tanfidzi Dewan Pimpinan Pusat FPI dari tahun 2003-2008. Kepimpinan Rizieq sendiri berasal dari pengikut tempatannya di daerah sekitar tempat tinggalnya di Jakarta Betawi kerana pengikutnya mempercayai Rizieq adalah keturunan Nabi Muhammad SAW. Walaupun pengikut Rizieq kebanyakan adalah dikalangan orang tempatan, namun FPI sendiri pernah dituntut untuk disokong oleh 15 juta simpatisan [1]. Berasal dari pesantren FPI adalah Pesantren Al-Umm, namun hampir seluruh aktiviti FPI berasal dari markasnya di Petamburan, dekat rumah Rizieq.Pertubuhan FPI yang dipimpinnya termasuk kontroversial kerana aksi-aksinya , dan Rizieq sendiri cukup lantang dalam menyuarakan pendapatnya seperti yang dimuatkan dalam media.Pada bulan Jun 2008 Rizieq telah ditangkap sebagai suspek yang terlibat dalam Insiden Monas dan telah ditahan menurut undang-undang Indonesia Fasal 221 KUHP tentang melindungi atau menyembunyikan pelaku kejahatan, fasal permusuhan dan penghasutan, serta organisasi yang kerap melakukan aksi anarki. Sementara anggota FPI yang lain turut ikut ditahan dijerat dengan pasal 170 KUHP tentang penyerangan.[2].

Berkaitan